1. Nak solat, bersihkan diri dan ambil wuduk. Nak buat bisnes, bersihkan hati. Apabila hati kita bersih, kita seronok lihat usahawan lain berjaya. Kita tidak akan menjatuhkan orang lain. Dan, kita juga tidak akan bertepuk tangan apabila bisnes orang lain bungkus.

2. Berjimat ambil wudu, berjimat dalam bisnes. Usah habis modal dengan renda-renda bisnes yang tidak bermanfaat. Ikat perut. Bootstrapping, terutama pada peringkat awal bisnes. Usah beli kereta dan sewa pejabat besar untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

3. Niat solat mesti betul. Niat buat bisnes juga mesti betul. Kalau buat bisnes kerana nak kaya, sampai bila pun kita tak akan puas hati. Buat bisnes kerana kita ingin bawa kebaikan kepada manusia. Apabila orang dapat manfaat dari bisnes kita, kita rasa bahagia.

4. Sewaktu solat, lihat tempat sujud dan sentiasa khusyuk. Dalam bisnes, mesti fokus. Banyak bisnes bungkus bukan kerana usahawan tak ada idea, tetapi kerana dia ada terlalu banyak idea. Semua benda nak buat, akhirnya semua benda dia tak buat.

5. Solat Subuh bermula awal pagi. Selepas solat, muka cari rezeki. Usah buang masa. Elakkan lepak dan sembang kosong. Apatah lagi, sembang kencang. Pastikan setiap hari kita menjadi produktif.

6. Solat berjemaah dapat 27 kali pahala. Dalam bisnes, cari partner. Berkolaborasi dengan usahawan lain. Usah berjalan seorang diri. Saling bantu-membantu. Apabila kita bergerak secara berjemaah, lebih mudah untuk pergi jauh dalam bisnes. Kambung seekor senang dimakan serigala.

7. Dalam solat tak boleh bercakap kecuali membaca ayat-ayat al-Quran dan yang baik-baik. Dalam bisnes, bercakap baik-baik mengenai usahawa lain. Usah mengumpat bisnes orang. Orang lain bodoh, bukan bererti kita pandai. Orang lain gagal, belum tetu kita berjaya.

8. Sewaktu solat kita meminta kepada Allah swt. Dalam bisnes juga kita bergantung harap kepada Allah swt. Apabila rezeki lambat datang, berprasangka baik dengan Allah swt. Usah mengeluh. Yakin Allah swt beri rezeki pada masa yang betul.

9. Syarat sah solat ialah tertib. Apabila buat bisnes, kena ada SOP dan prosedur. Usah main langgar saja. Dokumenkan proses. Dokumenkan keputusan. Usah cakap-cakap saja.

10. Selain solat wajib, buat solat sunat. Dalam bisnes, buat CSR. Selain zakat, infaq. Derma. Buat amalan “sunat” dalam bisnes. Selain untung di dunia, cari juga untuk di akhirat.


KREDIT: MYNOBISHA.COM

Share:
Written by Suzie Maswar
Assalamualaikum. Hi! saya Suzie Maswar. Seorang Suri rumah dan Pengedar Sah Shaklee sejak tahun 2012. Master Coordinator dalam Shaklee. Founder Group Shaklee JMS since 2012. Certified Product Trainer dan penasihat kesihatan dan kecantikan anda.