-Assalamualaikum-
JUAL DIRI!!
ye.. sila jual diri jika anda adalah PENIAGA.
Eh, bukan gadai diri tau.. tapi jual diri.
nak jadi PENIAGA kena lah rajin jual diri..supaya orang tahu anda adalah peniaga.
kalau nak berniaga tapi malu nak tonjolkan diri, baik tak payah berniaga..
bagaimana nak jual diri tu?
*saya ambil contoh peniaga produk suplimen shaklee ye*
1. Anda baru nak mula bertapak dalam biz shaklee kan, perkara pertama yang diperlukan adalah kenal kan diri anda pada orang. Contohnya di FB, boleh create 1 gambar anda or trademark anda dan watermark anda iaitu nama, no contact dan kawasan yang anda cover tu.
bagi yang meniaga melalui offline, siap sedia dengan Kad nama. Kad nama itu biarlah yang ala2 profesional.. bukan yang ala2 nak beri pada kwn2 biasa.ni yang formal biz kad ye.
2. Sbgai seorang yang ingin menjual, kena lah rajin utk jadi peramah. Peramah di mulut dan peramah di FB. Jika di Fb, rajin2 lah lawat post kawan2 tp jgn over sangat hingga buang masa di post orang lain. Cukup sekadar utk tinggalkan jejak anda melalui komen. Dengan itu, kawan fb anda tu pasti tahu tentang kewujudan anda di friend list nya.
3. Rajin lah cari info2 baru yang lebih ‘up-to-date’.. supaya org yg membacanya or mendengarnya tidak muak. Dan mereka juga pasti akan ‘SHARE’ info anda tu dengan orang lain.
4. Konsisten dalam menjual diri. Bila kita konsisten lakukan perkara apa pun, sudah tentulah hasilnya LUAR BIASA.. bagi yang sekejap ON dan sekejap OFF, pelanggan pun akan ‘confuse’ samada kita ni masih menjual atau tidak. Jadi cuba lah untuk konsisten
5. Jangan SYOK SENDIRI. ada juga peniaga yang syok sendiri. Post di FB contohnya. Ada yang suka meroyan tak tentu pasal. Ada yang suka meninggi diri melebih2 dan ada yang poat iklan produk terlalu kerap. Ini akan buat orang BENCI dengan kita. Jadi, berhati2 lah dalam proses JUAL DIRI ni..
ni je tips2 simple dari saya.
Ada banyak lagi tips2 lain yg boleh di guna pakai untuk jadi seorang peniaga yg bagus.
jom jual diri!!
♡Chugie♡
Shaklee independent Distributor
*Sg Buloh