Soalan lazim bagi Shaklee Advanced Joint Health Tablet.
S: Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
J: Shaklee Advanced Joint Health Tablet iaitu satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan – bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi – sendi.
S : Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Health Joint Tablet?
J : Lelaki dan wanita yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yang mempunyai gaya hidup yang lasak dan aktif boleh memanfaatkannya.
S: Apakah ekstrak jagung?
J : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glukosamina yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligamen. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.
S : Apakah Boswellia ?
J : Boswellia merupakan resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama esktrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
S : Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa ?
J : Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkait rapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding daripada AKBA sahaja. Tambahan pula, esktrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.
S : Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
J : Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua – dua produk yang menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan Vivix bagi mengoptimumkan khasiat shaklee Advanced Joint Health Tablet.
S : Bila dan bagaimanakan saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
J : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.
S : Mengapa ia bebas daripada kondroitin?
J : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik bila diambil secara oral (ditelan). Penyelidikan baru – baru ini menunjukkan yang sulfat kondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan baik jika diambil secara berasingan.
S : Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C ?
J : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% vitamin C kerana ia merupakan nutrien penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen. Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu – tisu penghubung yang lain dalam tubuh.
S : Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, tembaga dan mangan?
J : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% mineral surih zink, tembaga dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim – enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.
S : Adakah Shaklee Advanced Join Health Tablet berasaskan sayur – sayuran?
J : Ya.
CREDIT: MyFawa
Berminat dengan AJHT ini?
Sila hubungi saya di;
Fb Eizmierah Mumnbabyshop
012.3814786
Suzie Maswar
Sahabat Shaklee Anda