Bahaya Microsleep

Hi Assalamualaikum.

Lately, kita selalu sangat dengar kes2 kemalangan yang melibatkan Microsleep ni. Sebenarnya Bahaya Microsleep ni. Ia berlaku tanpa kita sedar. Ada beberapa keadaan yang menyebabkan Microsleep dan saya akan kongsikan beberapa tips dan cadangan untuk anda yang bakal travel jauh untuk pulang ke kampung halaman atau bercuti.

NASIHAT PAKAR

Datuk Dr S Ravih, Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi Hospital Pakar Putra Melaka berkata, microsleep terjadi tanpa amaran dan antara penyebab sering berlakunya kemalangan di jalan raya kerana apabila badan keletihan, otak akan tertidur selama beberapa saat, walaupun mata anda terbuka dan tangan memegang stereng.

Ia biasanya terjadi ketika memandu dan dalam perjalanan yang jauh atau ketika pemandu berkenaan dalam keadaan penat dan kurang tidur.

 

Antara SIMPTOM-SIMPTOMNYA

Gejala microsleep agak sukar untuk dikenal pasti kerana anda mungkin sudah tertidur untuk menyedarinya. Namun antara simptomnya adalah seperti:

  • Lambat bertindak balas terhadap sebarang maklumat.
  • Pandangan kosong, fikiran menerawang jauh.
  • Terjatuh sesuatu yang dipegang.
  • Kepala terlentuk.
  • Mata lambat berkedip.
  • Terkejut atau tersentak secara tiba-tiba (body jerk).
  • Sukar untuk mengingati apa yang berlaku 1 atau 2 minit lepas.

Ini pula antara tanda-tanda AMARAN microsleep:

  • Tidak mampu atau terlalu sukar untuk memastikan mata sentiasa terbuka.
  • Menguap berlebihan atau kerap.
  • Tersentak secara tiba-tiba.
  • Mata berkelip lebih kerap dari biasa.

Tanda amaran ketika memandu:

  • Memandu keluar dari laluan atau lorong tanpa anda sedari dan secara berbahaya.
  • Berulang kali menguap.
  • Terlepas jalan keluar.
  • Kelopak mata memberat.

Tips dan cadangan untuk elak Microsleep

  • Jangan memandu ketika berada dalam keadaan mengantuk atau tidak cukup tidur
  • Bertukar pemandu untuk seketika waktu supaya badan dapat rehat.
  • Mendengar Radio
  • Pastikan anda cukup rehat sebelum memulakan perjalanan
  • Berborak dengan teman sebelah pemandu untuk mengelakkan anda leka atau terlena
  • Sekali sekala, gerakkan tubuh badan anda dalam keadaan selamat

 

UNTUK TIPS CADANGAN SUPLIMEN / VITAMIN:

Pengambilan suplimen yang boleh bantu tubuh kita mendapat tenaga yang cukup juga amat di cadangkan.

 

Ini adalah tips dan cadangan dari saya yang saya dan suami sendiri amalkan.

Kebiasaanya, saya akan siap sedia beberapa suplimen shaklee untuk suami yang akan memandu kenderaan ketika pulang ke kampung atau travel pada jarak yang jauh.

Antara suplimen2 tersebut adalah;

CoqTrol- Supplement yang mempunyai kandungan Coenzyme Q10 yang membantu penghasilan tenaga berterusan di dalam badan. Ia beri tenaga maksima dan otak lebih fokus ketika memandu. Biasanya saya akan beri suami makan sebelum memulakan pemanduan. Jadi, beliu kan dapat tenaga yang maksima

 

 

Cinch Tea -Penggalak tenaga semulajadi. Ia bantu untuk Meningkatkan tenaga dan ketahanan badan. Ia juga merupakan Alternatif terbaik bagi menggantikan kafein, kopi, soda atau minuman manisan untuk memberikan kecergasan tubuh.

PERFORMANCE DRINKS – Minuman ni merupakan alternatif untuk gantikan nescafe atau minuman tenaga yang ada di kedai2 tu. Bukan apa, kita nak elak pengambilan gula dan kafein yang tak berapa bagus tau kan. Jadi Saya gantikan dengan Performance Drinks dari Shaklee. Tiada karbonat, kandungan gula yang sgt rendah dan rasa orange yang sangat sedap. Sekarang ni pun, sebelum nak travel kemana-mana,  saya akan siapkan satu botol performance drink. Performance drink ini sedap tau bila bancuh sejuk dan memang sedap, sekejap je boleh habis!

Ada lagi beberapa suplimen lain yang boleh di ambil ketika memandu dan untuk elakkan microsleep ni. Tapi 3 di atas tu sangat2 di cadangkan untuk anda.

Ok, last but not least… sebelum memulakan pemanduan, jangan lupa baca doa di bawah ni ye..

Tiada tuhan yang kita sembah melainkan Allah. Tiada daya upaya kita selain dari pertolongan dari Allah dan juga lindungan dariNYA.

Mudahan perjalanan anda untuk pulang ke kampung halaman dan bercuti, di permudahkan dan lancar.

Nak dapatkan suplimen2 diatas atau suplimen2 shaklee yang lain? Boleh lah hubungi saya di 012.3814786 atau klik je butang whatsapp tu ya.

 

sekian dulu,

Suzie Maswar

pengedar sah shaklee (Sg buloh)

012.3814786

fb: Suzie Maswar

ig: Vitaminshopsgbuloh

 

Share:
Written by Suzie Maswar
Assalamualaikum. Hi! saya Suzie Maswar. Seorang Suri rumah dan Pengedar Sah Shaklee sejak tahun 2012. Master Coordinator dalam Shaklee. Founder Group Shaklee JMS since 2012. Certified Product Trainer dan penasihat kesihatan dan kecantikan anda.