Tips Berpuasa Ketika Hamil..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, hari ni hari ke-6 saya berpuasa dalam ramadhan kali ni. Syukur, saya masih di beri peluang untuk menikmati ramadhan, walaupun sedang hamil masuk minggu ke-38.

Setakat hari ni, saya,masih lakukan rutin harian seperti ramadhan yang lepas. Rasa macam tengah tak sarat je ni haaa..

Kerja rumah, jaga anak, ber biznes dan aktiviti masak memasak untuk juadah berbuka dan bersahur masih lagi kuat untuk saya buat setakat ni.

Syukur..semua dengan izin Allah atas doa yg sy minta setiap hari supaya dapat menikmati puasa dengan mudah.
Selain tu, ada juga tips lain tau.. nak tahu??

Ini antara tips yang saya buat ketika berpuasa ni.

1. Saya akan tidur awal. Biasanya paling lewat pun pada jam 11.00 malam.
Sebelum tidur, saya pastikan dah minum air secukupnya dan semestinya saya minum bancuhan Performance Drinks shaklee yg dah siap di bancuh dan saya banyakkan minum air kosong.
Kemudian, saya akan ambil 4biji Ostematrix shaklee (pil kalsium) untuk berikan tidur yang lena dan boleh bangun dengan mudah untuk bersahur.
Selain tu, DOA memang tak tinggal.. saya doa mohon bangun awal untuk buat solat sunat dan kemudian uruskan urusan bersahur. Alhamdulillah, untuk 6 hari ni memang menjadi. Dengan izin Allah..

2. Bersahur.
Saya akan bersahur dengan nasi. Ni memang wajib. Kalau tidak, rasa tak puas. Lagipun saya sedang hamil kn.. jadi, memang kena ambil nasi walaupun sedikit. Sebelum makan tu, saya minum dulu ESP Shaklee.. samada mix dengan susu atau dengan air kosong je. So far  memang esp beri saya tenaga berpanjangan ketika berpuasa.. sangat berbeza kalau tak ambil ESP ketika bersahur, yang mana akan buat badan lesu dan mengantuk.  Selepas sahur, saya tak terus tidur, jadi sementara tunggu subuh, saya akan mengaji atau zikir dulu.. ni part yang paling bagus sebenarnya.. sebab kita baru lepas bersahur kan, jadi perut tengah penuh dan mata rasa nak tidur je. Jadi, elakkan tidur. Selesaikan solat subuh dulu..

3. Siang hari, tugasan rumah saya buat seperti biasa. Cuci baju dan kemas rumah. Kemudian siap sedia untuk beri anak makan. Lepas tu baru saya mengadap biznes..
Saya cuba elakkan tidur waktu siang, sebab nanti akan buat badan lagi penat dan lesu..
Cuba rehat je, tapi tak perlu tidur..

4. Berbuka.
Saya akan berbuka dengan kurma atau air manis sejuk dahulu.. ni memang wajib. Sebab makanan manis memang membantu beri tenaga pada tubuh. Salah satu minuman kegemaran saya, performance drinks. Menu wajib saya ketika berbuka dah tentulah nasi.. memang sy kena mkn nasi. Kalau tak, badan akan rasa menggeletar je. Hihih..
Lepas makan, saya akn ambil vitalea shaklee dan vit c shaklee. Ni untuk berikan kesihatan yg complete pada tubuh saya dan untuk jana tenaga yg hilang ketika berpuasa tu.

Simple kan tips saya..
Moga dapat beri manfaat buat yang membaca..

Sekiranya sahabat semua nak dapatkan suppliment shaklee, boleh lah hubungi saya..

Sekian dulu, sharing tips berpuasa ketika hamil untuk anda..

Chugie a.k.a Suzie
Pengedar Shaklee anda
012.3814786
Eizmierah MNB Healthy Shop

Share:
Written by Suzie Maswar
Assalamualaikum. Hi! saya Suzie Maswar. Seorang Suri rumah dan Pengedar Sah Shaklee sejak tahun 2012. Master Coordinator dalam Shaklee. Founder Group Shaklee JMS since 2012. Certified Product Trainer dan penasihat kesihatan dan kecantikan anda.