BEST PRODUCTIVE MORNING ROUTINE
Hi assalamualaikum..
salam jumaat barakah buat semua. Alhamdulillah, hari ni dah masuk ke 10 hari di bulan Syawal. Mesti banyak open house esok ni.
bagi yang dah selesai puasa 6 syawal, tahniah ya!
Saya nak kongsikan BEST MORNING ROUTINE RECIPE yang boleh bantu kita jadi lebih PRODUKTIF setiap hari.
9 tips yang ada dalam poster tu memang sangat2 membantu tau. Terutama buat anda yang berbiznes. Orang biznes ni, kalau tak buat to do list, alamatnya kucar kacir lah satu hari tu.
Selain dari tu, buat jugalah JURNAL KESYUKURAN atau ada yang panggil GRATITUTE JOURNAL. Ala..sama je kan? Hihi
Jurnal kesyukuran ni kita boleh amalkan buat hingga jadi rutin harian kita. Buat lah sekurangnya 2 kali sehari. 1 ketika sebelum tidur. Kita ucapkan rasa syukur keatas apa sahaja yang telah berlaku pada siangnya hingga malam. Kedua, boleh buat waktu pagi ketika kita bangun dari tidur. Ucapkan rasa syukur dan terima kasih pada Allah atas apa je yang kita mahukan berlaku pada hari tersebut.
ucaplah sepenuh hati dengan jiwa yang ikhlas serta tenang. Mudahan, segala yang kita syukurkan tu, Allah tambah lagi kebaikan dan rahmatNYA.
saya doakan, semua yang baca post saya ni juga mendapat kebaikan serta manfaat yang baik buat kehidupan anda. Semoga Allah lancarkan urusan dan murahkan rezeki kita semua.
Jangan lupa buat semua tips BEST PRODUCTIVE MORNINH ROUTINE ni ya! 😊
Sekian dulu ya,
suzie maswar (mencoret dari hati)
#pengedarShakleeSgBuloh