Salam..

Kali ni nak share info cara2 nak simpan susu guna storage bag ni pulak..

1st.. kena lah ada storage bag ni ye..

aku guna autumnz storage bag.. sebab dia ada double zip lock!

keluarkan stock yang hendak di simpan dalam bag tu..
kalau boleh biar ikut sukatan botol ye..
senang nanti bila nak transfer balik ke botol untuk di beri pada bayi anda tu.

kadang2 sukatan pada bag tu x tepat..

masukkan susu yang dalam botol tadi ke dalam bag seperti di atas ni..

sebelum lock, tekap kedua2 belah jari tadi dari paras susu dalam tu, ke atas zip lock..

supaya udara tak terkandung dalam tu, so bila baring kan bag, tak de lah kembung je kan.


labelkan bag yang berisi susu tadi ye..

seperti atas ni.. sorry ye, blur lah plak! 😀

labelkan dengan tarikh dan masa anda pam susu tu ok.. bukan tarikh n masa anda transfer susu ni tau!

kemudian susun / baringkan susu tu dalam rak bahagian beku macam gambar atas ni.

kalau boleh biar lah susu ni di bahagian dalam, supaya cepat beku..

akhir sekali, bila susu2 tu dah beku, susun lah ikut kesesuaian yang anda suka..

supaya space dalam peti tu dapat di jimatkan..

ok, tu je tunjuk ajar ku sifu untuk kali ni..

pada kawan2 yang dh OTAI tu, sila lah bagi tunjuk ajar lagi ye..

mana tau ada salah silap, terkurang terlebih ke kat entri ku ini..

sekian dulu,

-chugie-

Share:
Written by Suzie Maswar
Assalamualaikum. Hi! saya Suzie Maswar. Seorang Suri rumah dan Pengedar Sah Shaklee sejak tahun 2012. Master Coordinator dalam Shaklee. Founder Group Shaklee JMS since 2012. Certified Product Trainer dan penasihat kesihatan dan kecantikan anda.