Hi Assalamualaikum semua.

i-sinar dah di buka untuk permohonan pengeluaran hari ni untuk kategori 1. Kategori 2 akan di buka pada 11 januari ya. Jadi siapa yang dalam kategori 2, boleh lah bersabar dulu. Ok, saya nak kongsikan cara mohon i-sinar kwsp. Mudahan dapat bantu korang dan lancar semua urusan ya.

PERMOHONAN i-sinar BERMULA HARI INI

  1. i-sinar boleh di mohon bermula hari ini, 21/12/2020 sehingga 30/6/2020.
  2. Permohonan hanya secara ONLINE sahaja.
  3. Sila mohon dulu i-akaun KWSP untuk memudahkan urusan permohonan.
  4. Ada beberapa Kategori pemohon, jadi sila ambil maklum ya. Lihat poster di bawah.

Siapa Yang Layak?

Cara mohon i-sinar kwsp
Ada 2 kategori:

  1. Kategori 1 : Tidak memerlukan dokumen.
    kategori ini untuk mereka yang sudah lama tidak mencarum, suri rumah bekerja sendiri, hilang pekerjaan, bekerja di sektor ekonomi gig, cuti tanpa gaji dan hilang sumber pendapatan.
  2. Kategori ke 2 : Untuk mereka yang mengalami PENGURANGAN PENDAPATAN KESELURUHAN sebanyak 30% dan keatas. Perlu submit dokumen sokongan.Mohon i-sinar kwsp

 

BERAPA BANYAK YANG BOLEH DI KELUARKAN?

Jika jumlah wang yang ada dalam akaun 1 kurang dari RM100,000. Jumlah pengeluaran maksimum adalah sebanyak RM10,000.

Jika jumlah wang yang ada dalam akun 1 melebihi dari RM100,000. Anda layak untuk keluarkan maksima RM60,000.

BAWAH NI ADALAH CARA-CARA MEMOHON i-sinar KWSP untuk rujukan anda.


Step 1: log in ke AKAUN I-SINAR 

Step 2: Masukkan no kad pengenalan anda dan no handphone anda.

Step 3: tekan TERUSKAN

Step 4; isikan nombor OTP yang telah di hantar ke nombor sms anda.
Atau jawab soalan keselamatan untuk pengesahan.

 

Step 5: Amaun Pilihan anda.

Step 6: Tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan tekan TERUSKAN.

Step 7: Lengkapkan maklumat PEMOHON yang wajib di isi.

Step 8: Lengkapkan Maklumat pembayaran dan tekan TERUSKAN.

Step 9: Semak maklumat pemohon dan maklumat pembayaran dan tandakan ☑️ Sebelum tekan hantar.

Step 10: Selesai. Tunggu keputusan ya!

Mudah kan?
Sebelum ini, sila lah baca doa dan selawat ke atas nabi dahulu. Mudah-mudahan, segala urusan kita lancar dan Allah permudahkan serta permohonan pun berjaya.

Jangan lupa juga, bila dah dapat duit tu, gunakan dengan bijak. Duit tersebut di keluarkan untuk bantu ekonomi kita.

Kerajaan beri kebenaran untuk keluar, sebab mereka nak bantu kita tingkatkan ekonomi sendiri.

MACAM MANA NAK GUNAKAN DUIT TU DENGAN BETUL?

Bawah ni saya beri beberapa idea untuk anda gunakan supay wang yang di keluarkan tu tidak lah sia2 semata2.

1. Asingkan kepada 2 atau 3 bahagian tabungan. 1 tabung sebagai modal. 1 tabung simpanan kecemasan. 1 tabung simpanan yang kita tak mudah untuk keluarkan seperti TABUNG HAJI.

2. Yang tidak bekerja atau pendapatan bekerja dah terjejas, boleh lah mulakan buat bisnes sambilan. Sekarang ni ada banyak sangat produk2 viral yang beri manfaat yang offer banyak peluang untuk jadi dropship dan agen. Anda cuma perlu pilih yang mana lebih bagus dan menguntungkan je.

contoh: JOIN LAH JADI PENGEDAR SAH SHAKLEE. Produk kesihatan tersohor dan dah ramai para suri rumah dan wanita bekerja dah pun jana pendapatan dari bisnes shaklee ni. bukan setakat dapat jana pendapatan tau. Kita dapat tingkatkan kesihatan dan juga bantu orang lain untuk sihat. Pahala pun kita dapat kan? (Boleh rujuk saya jika berminat)

3. SIMPAN dalam bentuk BELI EMAS. Seperti yang kita sedia maklum, Emas ni tak pernah rugi jika di simpan. Malah makin lama makin naik harganya. Rasanya semua pun suka EMAS kan? So apa lagi? Mulakan simpanan emas korang sekarang. Jangan masukkan kesemua duit dalam tabungan emas jika korang perlukan guna duit tersebut. Gunakan separuh je dulu. TAKUT NAK SIMPAN/PEGANG EMAS banyak2 di rumah? JOM lah Simpan dalam Akaun GAP public Gold. Patuh syariah tau.
(boleh tanya saya jika berminat.)

4. Simpan dalam pelaburan. Yang ni saya tiada pengalaman. Anda boleh cari mereka yang lebih arif. Tapi berhati2 ya. Kenal pasti dulu siapa yang anda nak jadikan mentor pelaburan & pastikan pelaburan tu juga adalah patuh syariah.

5. Mula berniaga dari rumah dengan gunakan kepakaran anda. Contoh, anda pandai memasak, so buat lah bisnes makanan. Jika pandai menjahit, boleh buat bisnes upah jahit baju. Yang penting, kita suka.

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan i-sinar, boleh lah hubungi pihak KWSP. Inshaallah anda akan di layan dan di beri tunjuk ajar. Apa yang penting, kesabaran…

Ok selamat memohon i-sinar dan gunakan wang anda dengan BIJAK!

 

Suzie Maswar | Pengedar Sah shaklee | 012.3814786

Share:
Written by Suzie Maswar
Assalamualaikum. Hi! saya Suzie Maswar. Seorang Suri rumah dan Pengedar Sah Shaklee sejak tahun 2012. Master Coordinator dalam Shaklee. Founder Group Shaklee JMS since 2012. Certified Product Trainer dan penasihat kesihatan dan kecantikan anda.