Resepi Kek Pisang Mudah

Hi Assalamualaikum. Tengah free ni, boleh lah share resepi kek paling senang ni. Bahan pun tak banyak dan yang penting telur tak guna banyak macam kek-kek lain tu. Jom lihat bahan nak buat Kek Pisang Mudah ni ye.

Saya dah cuba macam-macam resepi Kek pisang. Dari bakar, sampai lah kukus. Tapi resepi ni yang paling saya suka. Menjadi 100%, so korang wajib lah cuba!

 

Bahan-bahannya :-

BAHAN A : Satukan dalam blender dan blend sebati.

  • 1 Cawan Pisang yang di lenyek (3biji pisang jika besar)
  • 3/4 Cawan Gula. Kalau x suka manis, boleh kurangkan ye.
  • 1 Cawan minyak masak.
  • 3 biji telur. Tak kisah saiz apa.
  • 1sk Esen Vanila
  • Secubit garam

BAHAN B : Satukan dan ayak

  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • 1 sk serbuk penaik
  • 1 sk serbuk soda

 

 

Kemudian satukan Bahan A dan Bahan B dan gaul rata. Seperti dalam gambar di atas tu.

Jangan lupa Panaskan Oven 10 minit dahulu ye.

Sapukan minyak pada loyang supaya tak melekat. Sapu biar rata semua bahagian ye.

Kemudian dah ready adunan, boleh masukkan ke dalam oven.

Suhu bakar – 160-170’. Bakar selama 45-60minit sampai kek masak elok.

Mudah kan!

Ini lah kejadiannya.. perfect!

Boleh juga letak potongan pisang di atas kek tu sebelum di bakar ye. Yang saya buat ni, tak letak pun. Sebab nak cepat punya pasal hihihi..

Selamat mencuba!

 

Suzie Maswar | Pengedar Sah shaklee | #shakleesg uloh

Share:
Written by Suzie
Hi saya Suzie Maswar. Seorang Suri rumah berkerjaya. Master Coordinator dalam Shaklee. Founder Group Shaklee JMS since 2012. Certified Product Trainer dan pakar kesihatan dan kecantikan anda.