Surat rayuan haji 2020 dibuka secara online

Assalamualaikum. Alhamdulillah, yang di tunggu-tunggu oleh semua yang bakal-bakal haji, telah pun tiba. Hari ini, Pihak tabung haji telah pun mengeluarkan notis rasmi tentang tarikh rayuan menunaikan haji bagi tahun 2020M/1441H untuk mereka yang tidak terpilih. Kali ni, tak perlu dah nak tulis surat karangan panjang bagai dah ye. Tabung haji dah sediakan rayuan secara online.

NOTIS RASMI DARI TABUNG HAJI

Sebelum itu, lembaga tabung haji announce akan mengeluarkan surat tawaran tabung haji pada 31600 jemaah haji yang terpilih.

Jadi, bagi Semua pendeposit Tabung haji yang namanya tidak terpilih, samada telah menghantar surat rayuan sebelum ini atau tidak pernah menghantar surat,  layak untuk membuat rayuan menunaikan haji ni pada 28 januari 2020 iaitu hari selasa depan.

 

Borang ONLINE

Mereka yang nak buat surat rayuan haji, dah tak perlu bersusah payah mengarang ayat atau buat surat secara bertulis ya. Hanya perlu layari laman web TH www.tabunghaji.gov.my.

Mudah je. Hanya perlu;

  • Masuk ke web TH diatas
  • Kemudian isi borang-borang
  • Setelah borang di isi, hantar ke cawangan TH yang terdekat.

 

Mudah kan?

Terima kasih di ucapkan pada pihak tabung haji kerana memudahkan urusan kita semua para pendeposit ni untuk buat surat rayuan haji secara online.

 

Alhamdulillah.. jom lah kita buat rayuan. Tak cuba, tak tahu kan? Mana lah tahu, tahun ni rezeki kita untuk kerjakan ibadah haji.

 

Rindunya dengan Tanah suci. Saya doakan kita semua di rezeki kan untuk mengerjakan ibadah haji di waktu yang tepat, cepat dan paling sesuai untuk kita dan dalam keadaan yang sihat dan kuat untuk kerjakan ibadah haji dengan sempurna dan mudah.

Sekian,

Suzie Maswar – Pendeposit TH

 

Share:
Written by Suzie
Hi saya Suzie Maswar. Seorang Suri rumah berkerjaya. Master Coordinator dalam Shaklee. Founder Group Shaklee JMS since 2012. Certified Product Trainer dan pakar kesihatan dan kecantikan anda.