Tips Penjagaan Anak Bersunat (Berkhatan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Cuti sekolah dah pun bermula. Maka, ramailah ibu bapa yang rancang untuk sunatkan anak2 mereka kan. Biasanya, bila cerita part bersunat ni, kita lebih pentingkan hal penjagaan anak ketika berpantang tu. Ye lah, dah tentulah kita nak anak cepat sihat dan tiada masalah lain berlaku kan? Kali ni saya nak kongsikan tips2 yang mak ayah boleh gunakan ketika waktu penjagaan anak bersunat nanti ye. Tips ni di kongsikan oleh seorang doktor. Jom kita lihat apa lah agaknya tips doktor ni bagi.

Kalau nak cerita tips jaga orang sunat ni, rasanya banyak sangat kan? Panjang pulak post saya ni nanti. Hihihi.. so kita bagi tips yang penting je lah ye.

 

10 Tips penjagaan anak bersunat yang di kongsikan oleh Doktor:-

1. Jangan biar lebih 72 jam
Jangan biarkan balutan luka tidak dibuka lebih 72 jam. Ia perlu dibuka, untuk pantau komplikasi berikut:  Jangkitan/nanah, Bengkak/bentan, Jahitan terbuka, Keruping melekat pada balutan

2. Cuci 2-3 hari sekali
Luka berkhatan perlu dicuci 2-3 hari sekali menggunakan normal saline. Caranya:
– Bersihkan daki / darah beku sekitar luka
– Cuci luka dengan normal saline
– Periksa jika ada jahitan & tanda jangkitan
– Tutup semula luka jika tiada tanda-tanda.

3. Ubat doktor
Ada beberapa ubat yang dibekalkan oleh doktor selepas prosedur berkhatan:
– Tahan sakit: diambil bila perlu
– Antibiotik: perlu diambil ikut jadual
– Ubat cucian: lazimnya normal saline
– Elak sapu minyak/herba pada luka

4. Jika anak mengadu ngilu
Anak-anak kadangkala mengadu berasa ngilu bila kepala zakar bergesel dengan pakaian(seluar/kain). Itu perkara normal kerana ia bahagian yang sensitif dan sebelum ini ia dilitupi kulit, tetapi kini terdedah. Ngilu itu akan beransur-ansur hilang.

5. Pakaian longgar
Pakai pakaian yang longgar dan selesa supaya aliran darah tidak terganggu dan dapat pengudaraan yang secukupnya. Ini membantu proses penyembuhan luka. Boleh pakai seluar, asalkan tidak terlalu ketat.

6. Boleh berjalan
Selepas berkhatan, anak-anak dibenarkan berjalan. Malah mereka tidak digalakkan hanya berbaring sahaja. Aktiviti ringan ini membantu pengaliran darah dan mengurangkan tempoh penyembuhan luka. Cuma jangan lasak sangatlah.

7. Pastikan minum air secukupnya
Ada petua lama yang mengatakan minum air banyak selepas berkhatan menyebabkan bentan. Itu tidak benar. Air yang cukup adalah satu faktor yang penting untuk penyembuhan luka.

8. Jaga pengambilan makanan
Perlu ambil makanan yang mengandungi protein, serat, vitamin secukupnya. Boleh makan: ayam, telur, ikan, kicap, sayur. Ia tidak akan menyebabkan kegatalan atau kehitaman pada luka berkhatan.

9.  Luka akan sembuh 10-14 hari
Luka berkhatan akan sembuh dalam masa 10-14 hari. Jika ada tanda-tanda berikut, jumpa Doktor. — Sakit/bengkak melampau
– Nanah yang banyak
– Demam tinggi
– Tak boleh kencing

10. Bawa untuk rawatan susulan
Bergantung pada teknik khatan, mungkin perlu bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan susulan.
– Jahitan konvensional: tak perlu dibuka
– Klamp: perlu jumpa doktor untuk dibuka
– Gam: tak perlu jumpa doktor semula

Kredit tips dari: Kamarul Ariffin Nor Sadan

 

 

TIPS LAIN SEBAGAI TAMBAHAN UNTUK ANAK ANDA CEPAT SIHAT DAN LUKA SEMBUH:-

🍃🍃Tips tambahan:

Anda boleh berikan anak anda vitamin untuk bantu penyembuhan luka yang cepat dan anak pun dapat zat dan nutrisi yang di perlukan.

Suplimen yang saya suka cadangkan adalah;

  1. Chew Vitamin c – Bantu penyembuhan yang cepat dan elak dari infection. Imun badan anak juga lebih kuat ketika proses penyembuhan.
  2. Mealshake – Suplimen lengkap dengan zat dan nutrisi penting untuk tubuh anak. Sedap dan mudah di bancuh.
  3. Omega Guard – Kurangkan keradangan dan bantu surutkan bengkak.
  4. Herbal Blend – Digunakan sebagai sapuan luaran. Dapat bantu kurangkan bengkak dan legakan pedih.
  5. Basic H – digunakan sebagai cucian. Caranya mudaj je. Bancuh dalam air cucian alat sulit anak.

Moga tips di atas bermanfaat!

 

Jom lihat Testimoni Set Bersunat Shaklee bawah ni.

 

 

 

 

Berminat nak dapatkan set ini? Boleh hubungi saya di detail bawah ni ye. COD available untuk sekitar Sg Buloh Selangor.

 

🧕🏻 Suzie Maswar
🍃 Pengedar sah shaklee sg buloh
📞 www.wasap.my/60123814786/nakbelishaklee

Share:
Written by Suzie
Hi saya Suzie Maswar. Seorang Suri rumah berkerjaya. Master Coordinator dalam Shaklee. Founder Group Shaklee JMS since 2012. Certified Product Trainer dan pakar kesihatan dan kecantikan anda.