WORK FROM HOME MOM / Ibu Bekerja dari rumah.

Hi Assalamualaikum everyone. Kita masih lagi dalam waktu PKP dan Selangor, Kl, Putrajaya dan sabah masih lagi dalam zone merah dan kami masih PKPB. Dah seminggu lebih 3 negeri di semenanjung ni PKPB dan hari ni bermula lah rules baru buat semua yang bekerja di pejabat supaya just work from home. Walaupun bukan semua sektor, tapi rata2 ibu2 yang bekerja dah mula resah dan stress sejak pengumuman yang kerajaan buat. Ni dia tips untuk work from home mom.

TERBEBAN SANGAT KE KERJA DARI RUMAH?

Sebenarnya, kerja dari rumah bukan lah pengakhiran hidup anda sebagai pekerja pejabat. Handle kerja hakiki dan hal rumah bukan lah sesuatu yang berat atau membebankan, sekiranya anda mampu untuk handle kedua2 tugas ni.

Ye, sejujurnya bila di namakan KERJA MAKAN GAJI, dah tentu lah kita kena buat dan ikut rules kerja tu kan. Tapi, anda jangan lah stress awal sebelum berhadapan dengan situasi tu. Pening datang dulu dari keadaan yg kita hanya fikirkan dalam mind kita.

so here we go.. beberapa tips untuk anda. Mana tahu berguna kan?

 

TIPS UNTUK BEKERJA DI RUMAH:-

1. Benda pertama yang anda boleh buat adalah buat lah LIST TO DO. 

List to do ni akan jadi WAZE untuk aktiviti yang anda nak lakukan waktu kerja di rumah tu nanti.

So mulakan list apa job penting di rumah dan tugas pejabat yang nak di buat.

Sebaiknya buat sekali masa yang di perlukan.

Nanti anda akan nampak lebih jelas, apa tugas rumah yang perlu di lakukan dulu atau yang paling penting untuk di selesaikan supaya tidak ganggu kerja pejabat kita tu nanti.

 

2. Buat Jadual khas untuk anak2 juga.

ok, yang ni lah part paling pening untuk ibu yang terpaksa bekerja di rumah. Memandangkan ni 1st time nak handle dua tugas sekali gus, adalah di galakkan untuk anda siapkan jadual untuk anak2 ye.

Jadual tu melibatkan kerja sekolah, waktu makan, waktu tonton tv, main or penggunaan gadget.

Kalau ada Papan putih yang besar lagi bagus. Mudah anak2 nak tengok jadual harian dorang kan?

 

Tips work at home mom

3. BAHAN BASAH UNTUK DAPUR

Owh.. ni adalah part wajib anda sediakan. Biasanya bila semua ada di rumah, barang basah akan jadi berkali ganda dari hari biasa ye. Sebabnya, masing2 asyik lapar je memanjang kan?

Jadi, sebagai ibu dan juga chef di rumah, anda semestinya dah tahu apa barang dapur dan barang basah yang wajib ada.

Untuk yang tak ada pengalaman, ini list bahan yang korang wajib ada ye :-

  • Ikan, Daging, Ayam, seafood
  • Sayur, bawang, halia, kunyit dan yg seangkatan dengannya.
  • beras, telur, gula, garam dan yang seangkatannya juga
  • Bihun, mee, k.teow, laksa juga perlu.

Bahan2 ni untuk memudahkan anda menyiapkan masakan dengan kuantiti yang mencukupi. Supaya tidak berdepan dengan masalah itu tak ada, ini tak ada. Kan dah save masa kita kat sini.

Selain barang basah, fast food atas ni pun perlu juga. Hihi.. bukan apa, ni boleh jadi makanan kecemasan untuk anda sekeluarga ye. But, please jangan amalkan selalu ok. Not healthy. Macam saya beritahu tu, UNTUK KECEMASAN sahaja.

If korang rajin, boleh lah siap2 homemade dari air tangan sendiri. Sihat, selamat dan terjamin bahannya kan.

 

MASAK LAUK DAN FROZENKAN

Yes, sejak kebelakangan ni memang ramai juga mak2 superwomen yang buat cara macam ni.

Hujung minggu, mereka akan masak dengan kuantiti banyak dan beberapa menu berbeza, kemudian FROZEN kan je.

Mudah juga cara ni kan? Sangat menjimatkan masa dan bila rasa nak makan, keluarkan dari peti ais dan panaskan je.

Semudah 1..2..3!

 

4. FOOD DELIVER 

OK, ni untuk mak2 yang dah kebuntuan idea nak masak menu apa dan untuk mak2 yang memang sangat2 tak cukup masa nak kejar untuk sediakan makanan waktu work at home ya..

Ni lah satu2nya cara paling mudah. Hanya sediakan duit je. No money, No talk! Hihi..

Tapi, food delivery ni sebenarnya sangat2 membantu tau. Memang bijak siapa yang mulakan penghantaran makanan ni.

 

5. SUPLIMEN YANG RINGKAS TAPI BERKHASIAT

Kalau korang nak sesuatu yang lebih sihat dan sangat mudah nak di sediakan, suplimen shaklee ni adalah yang anda patut cuba.

Sarapan pagi lebih mudah bila ada 3 suplimen ni. Untuk mak2 yang risau penat, tak bertenaga waktu kerja dari rumah, sila lah ambil 3 minuman ni.

 

1. Mealshakes tu sesuai sangat untuk anak2. Minuman berupa susu yang berperisa vanila ni dah lengkap dengan multivitamin dan mineral. So complete dah nutrisi yang anak2 perlukan. Kenyang pun kenyang tau..

 

2. ESP PROTEIN shaklee ni antara minuman ber vitamin yang paling ibu2 gemari. Setiap hari, mereka mesti wajibkan diri untuk minum. Esp ni beri rasa kenyang, rasa bertenaga yang cepat dan lama. Nak bancuh pun senang

 

3. Performance drinks shaklee ni, minuman yang menyegarkan dan pemberi tenaga paling cepat tau. Rasa dia sangat sedap. Anda mesti suka. PD ni boleh bancuh siap2 dan letak kan je dalam peti ais. Bila anak2 nak minum, berikan je pada mereka, atau mereka sendiri boleh ambil terus dari peti ais. Mudah kan?

 

LAST BUT NOT LEAST

So itu lah sahaja perkongsian saya untuk tips Work at home mom buat anda yang sedang berhadapan dengan situasi ini atau mungkin satu hari anda terpaksa bekerja dari rumah.

Sejujurnya, bekerja dari rumah ni tidak lah berat atau membebankan pun. Kita sendiri yang kena fikir dan plan, bagaimana nak memudahkan keadaan tu.

Dan bersyukurlah kerana masih punya pekerjaan di saat ada manusia lain yang terpaksa di berhentikan kerja dek masalah covid yang sedang melanda negara kita ni.

sentiasa ucap syukur pada Allah. Jika anda hadapi masalah penat melampau dan perlukan vitamin, jangan segan silu untuk hubungi saya seperti di bawah ni ya.

Terima kasih kerana sudi membaca.

 

Pengedar sah shaklee | Suzie Maswar | 012.3814786

Share:
Written by Suzie Maswar
Assalamualaikum. Hi! saya Suzie Maswar. Seorang Suri rumah dan Pengedar Sah Shaklee sejak tahun 2012. Master Coordinator dalam Shaklee. Founder Group Shaklee JMS since 2012. Certified Product Trainer dan penasihat kesihatan dan kecantikan anda.