Salam..

Dah beberapa hari ni, aku memang dok tercongok je depan tv tunggu berita selanjutnya tentang Tsunami kat jepun nun..

Kesian sangat2 pada orang2 kat sana.. dengar nya sekarang ni angka yang terkorban dah lebih dari 10,000 orang kan??
nauzubillah… maha besar allah..
Dengan sekelip mata je negara yang aman dan cantik tu di landa Bah yang sangat dasyat ni..

Hari ni dah masuk hari yang ke-4, bencana tu berlaku..
dan hari ni juga masih lagi dengar berita yang Bah tu berlaku lagi di bahagian lain..
Ya allah.. tak tahu lah macam mana keadaannya kalau kita berada di tempat orang2 yang di landa musibbah tu..

Bila aku tengok je berita2 yang terpampang kat tv dan akhbar tentang musibbah ni,
hati terus rasa sangat2 sedih.. sangat2 hiba..
bila tengok air laut memuntahkan isi nya.. abis semua apa je yang ada kat atas daratan.
dengan manusia ilang arah.. dengan harta benda musnah.. dengan segalanya jadi sangat kelam kabut..

Rasa macam tengok kiamat kecil plak!
astaghfirullahalazim.. tak terucap dek kata2.. tak terungkai dek minda.
Takut..sangat takut bila tengok detik2 Jepun di landa musibah tu.
Aku pulak yang menitik kan air mata bila tengok keadaan tu.

Apa pun, moga semua rakyat jepun dan penduduk yang tinggal kat sana,
dapat bersabar dengan ujian yang kuat ni dan teruskan kehidupan..

****Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul…***
-chugie-

Share:
Written by Suzie
Hi saya Suzie Maswar. Seorang Suri rumah berkerjaya. Master Coordinator dalam Shaklee. Founder Group Shaklee JMS since 2012. Certified Product Trainer dan pakar kesihatan dan kecantikan anda.