Virus Koronar dari negara china.

Belum habis kisah virus Influenza, datang pula virus baru yang awalnya dikatakan virus misteri tu. Rupanya ia adalah virus Koronar yang amat bahaya. Virus ni pun datangnya dari negara China.

KRONOLOGI VIRUS KORONAR

  1. Wabak virus Koronar ini di katakan berpunca dan datangnya dari ular dan kelawar.
  2. Ular tersebut merupakan spesies banded krait (bungarus multicinctus) iaitu merupakan jenis ular elapid paling berbisa yang biasanya ditemui di tengah dan selatan China serta Asia Tenggara.
  3. Dalam satu laporan akhbar tempatan, mereka menyata kajian yang dilakukan ke atas kod genetik virus pada ular dan kelawar mendapati, ia mempunyai persamaan rapat dengan sampel virus korona seperti SARS dari China.
  4. Pegawai kesihatan China juga telah mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini.

 

AMARAN JUGA TELAH DI BUAT.

  • Kerajaan pun dah mula beri amaran beramai ramai diminta untuk berhati-hati penularan virus korona yang akan menyebabkan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS). Wabak ini telah dikenal pasti melunar dan merebak teruk bermula dari negara China.
  • Nampaknya virus ni lebih serius lagi sebab jangkitan sangat mudah berlaku dari manusia ke manusia yang lain.

 

Nampaknya kerajaan Malaysia kena ambil langkah yang lebih ketat lagi dan membuat pemantauan kemasukan pelancong dari negara china tersebut supaya wabak ini tidak masuk ke negara kita.

Moga kita semua dilindungi.

 

Share:
Written by Suzie
Hi saya Suzie Maswar. Seorang Suri rumah berkerjaya. Master Coordinator dalam Shaklee. Founder Group Shaklee JMS since 2012. Certified Product Trainer dan pakar kesihatan dan kecantikan anda.