Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah.. Eizmierah Mumnababyshop kepunyaan hamba dah pun beroperasi lebih 3 tahun..
pejam celik, pejam celik.. dah lebih 3 tahun Eizmierah Mumnbabyshop bertapak dalam dunia perniagaan online ni. Eizmierah Mumnbabyshop bertapak dari bulan 4 2011. Kini FB saya dah cecah 5000 friendlist. alhamdulillah…

Kejayaan hari ini tidak datang bergolek dan tidak datang dengan singkat. Ada banyak dugaan, ujian yg saya dah lalui.. fasa demi fasa, yang buat saya lebih matang. masalah demi masalah yang buat saya lebih berhati2. Untung Rugi juga dah jadi perkara biasa dalam hidup saya. Apa yang menguatkan saya? 1 je.. NIAT.. niat saya untuk berkongsi dengan ramai org. berkongsi info, berkongsi rahsiah, berkongsi kejayaan dan berkongsi pendapat.

Syukur… Hasil Percaya sebelum Berjaya.

Dari hanya menjual barang2 baby dan barangan kelengkapan produk penyusuan, kemudian saya masuk ke produk kesihatan. Semua nya kerana ingin beri yang terbaik buat Ibu2 yang menyusu kan anak..

Niat saya hanya untuk sebarkan pengalaman diri yang menjadi Ibu yang menyusukan anak sepenuhnya, serta mengamalkan pemakanan suppliment untuk membantu tubuh saya supaya bertenaga sepanjang hari.

apa yang saya amalkan ketika menyusukan anak saya dulu?
saya amalkan set 3M iaitu:
Vitalea shaklee
Vitamin C Shaklee
Ostematrix Shaklee
B complex shaklee
Alfalfa Shaklee dan
ESP shaklee

Sejujurnya, set suppliment ni memang membantu tubuh saya yang sangat2 penat dengan urusan kerja di pejabat, di rumah, dengan biz online lagi.. makan minum memang tunggang langgang.. lunch pun kadang2 saya skip. breakfast apatah lagi.. jadi, setelah meneliti dan mencari info2 suppliment utk ibu menyusu yang nak tenaga untuk tubuh, saya terjuma dengan produk shaklee.

Alhamdulillah.. saya cuba makan produk ni dan ianya memang berkesan pada saya dan sangat2 membantu. Malahan hasil susu saya pada ketika itu meningkat dan susu saya lebih pekat dari sebelum nya.

Dari situ lah saya mula jatuh hati dengan suppliment. Bukan jatuh hati dengan shaklee tau.. tp dengan suppliment. Rupanya, vitamin mmg patut di amalkan oleh ibu2 menyusu. sebelum ni saya hanya amalkan pemakanan ulam2 saje, memang membantu, tapi pada susu sahaja. lebih2 lagi saya jenis manusia yang makannya memang tak teratur. Jadi, saya buat pilihan untuk mengamalkan Suppliment, dan Vitamin pilihan saya dah tentulah shaklee. BERKESAN, SELAMAT, SEMULAJADI.

lepas mulakan sharing pengalaman makan produk kesihatan shaklee dengan ibu2 bf, ramai yang beri feedback yang bagus. Sorang demi sorang customer2 saya yang bergelar Ibu menyusu mengamalkan suppliment shaklee ni. Dari mereka kurang susu hingga lah punya susu yang banyak. Tapi AWAS!! bukan suppliment yang membuahkan hasil susu yg banyak tau.. WAJIB kena dengan cara dan pemakanan suppliment yg betul. Ilmu penyusuan juga memainkan peranan penting.

Kemudian, setelah beberapa bulan menyalur kan pengalaman dan info, customer2 saya tadi tu memberi cadangan supaya saya menjadi ahli shaklee supaya mudah mereka berurusan membeli produk dengan saya. setelah berfikir2 sebanyak2nya maka, terbuka lah pintu hati saya untuk menjadi ahli shaklee.. Saya join shaklee bukan kerana shaklee syarikat MLM ye.. tapi kerana saya ingin menyalurkan info produk yang saya rasakan sangat bagus buat para ibu yang bermasalah seperti saya.

Sejujurnya, saya tidak terfikir untuk terjebak dengan Biznes Shaklee ni hingga mencapai kejayaan demi kejayaan macam sekarang ni. Niat awal saya hanya 1, iaitu untuk menyalurkan informasi tentang produk suppliment yg saya dah makan pada teman2 Breastfeeding saya. Alhamdulillah, dengan niat itu juga saya dapat banyak hikmah dalam kehidupan.

okies.. nanti saya sambung cerita kisah saya dengan shaklee dan bina base sekarang ni ye..
tungguuuu…

chugie a.k.a Master Suzianti Maswar
Ummie JMS
SID Shaklee
Owner Eizmierah Mumnbabyshop

Share:
Written by Suzie
Hi saya Suzie Maswar. Seorang Suri rumah berkerjaya. Master Coordinator dalam Shaklee. Founder Group Shaklee JMS since 2012. Certified Product Trainer dan pakar kesihatan dan kecantikan anda.