Perpustakaan Anggerik Mokara (MBSA)
Subang Bestari.

Hi Assalamualaikum.

Cuti sekolah ni korang buat apa je? Ada yang tak pergi mana2 ke? Kalau ada, boleh lah terjah mana2 Perpustakaan kawasan korang dan bawa sekali anak2. Mesti dorang teruja. Setelah banyak kali plan dengan anak2 nak terjah perpustakaan ni, akhirnya hari ni sampai juga kami ke Perpustakaan Anggerik Mokara Subang bestari ni ☺️. Lagi pun kesian kt dorang, tak de kemana2 cuti sekolah ni.

So, ummie bawak ke perpustakaan pun dorang dah happy yakmat. Depa siap request Esok ajak pegi lagi lah pulak…😅

 

Ikutkan perpustakaan ni dekat je dengan area rumah. Perpustakaan ni di U5. Rumah kami di U19. Tak sampai 15minit naik kereta.  Tapi, tiap kali dah plan je, mesti tak jadi. Ada lah beberapa kali dah sampai sini, tapi kecewa sebab tutup daaaaa😆

Ni je lah gambar2 yang sempat di snap secara senyap2 dalam tu. Nak bergambo sakan, macam
Segan lah pulak. Hihi..

RUANG YANG SANGAT SELESA DAN BERHAWA DINGIN

Ada beberapa gambar yang saya ambil dari pak google ye.

 

Masing2 dok menelaah buku dalam tu. dengar bunyi budak2 pun pelan je.

Ada macam2 buku dalam tu. budak2 umur yang dah pandai baca dan keatas tu memang ok sangat lah lepak membaca kat sini.

Student kolek pun ramai. Ada yang tengah buat group projek. Ada juga yang tengah guna komputer yang di sediakan kat situ. Kalau tak silap tadi ada 5 komputer di sediakan.

Ada ruangan melepak sambil duduk santai kat bawah or nak baring pun boleh kot hihi. Area ni pun ada tv. So budak2 yang bawah 7tahun nak main2 dan tengok tv (siaran kanak2) boleh lah duduk dalam area ni. So tak de ganggu org yang duduk di meja.

Sedikit informasi tentang perpustakaan ni. Korang boleh lah baca dulu ye.

BUKU-BUKU YANG ADA:

Ada macam2 buku yang boleh dapat kat sana tau. Ni antara buku yang sempat saya jumpa tadi. Tak sempat nak baca habis. Tajuk2 dia menarik.

Buku2 untuk student nak buat rujukan untuk ulangkaji pun ada.

Gambar sekitar kawasan luar perpustakaan

di bahagian luar ada taman mini. Ada beberapa buaian. Rasanya budak2 bawah 4tahun kalau nak  main, kena ada penjaga juga lah ye.

Di bahagian luar perpustakaan ni ada taman permainan. Tak de lah besar pun. Tapi budak2 ni suka sebab ada buaian. Paling suka dah tentulah #ostajahAcah tu hihi. Sampai tak mau balik tau. Nangis2 dia bila ajak balik. Sampai dalam kereta meraung! 😌

As usual, kalau nak buat pinjaman buku, boleh lah daftar sebagai ahli. Murah jeee dan tersangat lah berbaloi.

Biasanya cuti sekolah, akan ada program khas. Contohnya hari ni dan esok akan di adakan bengkel kraf kreatif untuk kanak2.

So esok, boleh lah datang lagi ni.. hihi. Inshaallah kalau tak de aral melintang.

Korang yang berdekatan tu, boleh lah bawa anak2 lepak sambil kenal buku kat sini. 🥰

 

-Suzie Maswar-

#perpustakaanAnggerikMokara #subangbestari #perpustakaanSubangbestari #SuziemaswarShare

Share:
Written by Suzie
Hi saya Suzie Maswar. Seorang Suri rumah berkerjaya. Master Coordinator dalam Shaklee. Founder Group Shaklee JMS since 2012. Certified Product Trainer dan pakar kesihatan dan kecantikan anda.