Assalamualaikum..

Sedikit info untuk ibu hamil..

Saya yakin, mesti ada yang tidak suka dan kurang senang bila disogok dengan vitamin yang pelbagai jenis ketika hamil. Sampaikan ibu2 confuse perlu atau tidak vitamin itu untuk kesihatan..betul?

Baiklah, tujuan utama kita di minta untuk mengambil vitamin adalah untuk menjaga kesihatan bayi dalam kandungan dan ingin anak dilahirkan dengan cergas dan bijak.

Persoalannya, perlukah wanita hamil mengambil suplemen multivitamin? Sebenarnya selagi kehamilan anda sihat dan tidak bermasalah, cuma satu sahaja vitamin yang perlu diambil sebagai suplemen iaitu vitamin B atau asid folik.

Doktor juga biasanya akan membekalkan suplemen ini sejak awal kehamilan lagi. 

Tetapi, Sebaiknya ibu hamil mendapatkan pelbagai khasiat vitamin dan mineral lain yang diperlukan sepanjang hamil dengan memakan pelbagai makanan yang sihat. 

Diet yang seimbang adalah cara terbaik untuk mendapatkan nutrien yang ibu dan bayi perlukan.

Makanan yang sihat mestilah mengandungi empat kumpulan makanan berikut:

*Buah-buahan dan sayur-sayuran, sama ada segar, sejuk-beku, dalam tin atau yang kering. Cuba makan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

*Makanan berkanji dan mengenyangkan (karbohidrat) seperti roti, pasta, nasi dan kentang. Jadikan makanan berkanji sebagai asas hidangan anda dan sebaik-baiknya pilihlah bijian penuh.

*Makanan yang kaya dengan protein seperti daging, ikan, telur dan kekacang. Makanan-makanan ini juga merupakan sumber zat besi yang bagus.

*Makanan berasaskan tenusu yang mana mengandungi kalsium, seperti susu, keju dan yogurt. Sama seperti ikan dan garam laut, produk tenusu adalah sumber iodin baik yang diperlukan oleh ibu hamil untuk membantu perkembangan otak bayi.

Sebaiknya elakkan daripada makan terlalu banyak makanan dan minuman berlemak atau manis. Makanan ini mungkin mengenyangkan untuk jangka masa pendek, tetapi tidak membekalkan mineral dan vitamin yang diperlukan.

Walaupun tidak dinafikan, kadang kala sukar untuk ibu mendapatkan diet yang seimbang terutama sekiranya mengalami masalah loya, muntah, tiada selera makan dan terlalu sibuk di pejabat, maka suplemen mungkin dapat membantu anda mendapatkan nutrient yang diperlukan.

Sekiranya ibu hamil tidak mampu untuk mengikuti penyediaan makanan kumpulan ini, adalah sebaiknya ibu hamil mengambil multivitamin supaya cukup nutrien yg sepatutnya.

Jgn lupa, dapatkan multivitamin yang bagus,mudah larut dan tidak ada unsur sintetik.

Pilihan saya sejak dulu adalah multivitamin dari shaklee, iaitu VitaLea. Mudah larut, sumber yang di yakini, dan kesan keatas tubuh yang cepat dirasai.

*infodarimajalahPAMA*

Sekian, perkongsian kasih sayang dari saya.

Rakan shaklee anda.

Suzianti Maswar

012.3814786

Share:
Written by Suzie
Hi saya Suzie Maswar. Seorang Suri rumah berkerjaya. Master Coordinator dalam Shaklee. Founder Group Shaklee JMS since 2012. Certified Product Trainer dan pakar kesihatan dan kecantikan anda.